pengikut setia

Sunday, February 13, 2011

suka duka bergelar operator (part 1)




Salam kepada semua pembaca blog coretan kisah hidupku ,Berkenanan tajuk diatas aku bukanlah operator yang berkerja sepenuh masa kerana sekarang aku tengah menjalani latihan industri .Lebih kurang 2 bulan lebih aku menjadi operator di kilang AMD terasa suka duka bergelar sebagai seorang operator kerana untuk menjadi operator ini kenalah mempunyai stamina yang tinggi dan  tahan lasak.Jika nak lebih faham 
 klik link ini dan ini ..



Kehidupan bergelar operator ini terasa amat susah kerana bertapa peritnya untuk mencari sesuap nasi .Selain itu aku dapat merasakan keletihan yang teramat sampaikan sekarang kaki aku semacam batu kerana terpaksa berdiri lebih kurang 10 jam


Disamping itu aku mendapat banyak pengajaran yang diperolehi menjadi operator iaitu boleh merasai luahan hati  para perkerja kilang dan merasakan seolah-olah suasana berkerja sebenar .Di kilang AMD aku ditempatkan dibahagian UNDERFILL tetapi apa yang menariknya berkerja dibahagian ini kebanyakan operator disini semuanya baik2 belaka ,Maksud aku mereka ini berkerja bagaikan dalam 1 keluarga kerana jika kerosakan pada unit atau dengan  lain Spillage mereka akan membantu antara 1 sama lain dan mereka ini tidak kedekut ilmu pada budak practical training ini yang membuatkan aku terasa kagum terhadap mereka ini.


Kenapa tiba aku letak gambar robot di atas ,Sebabnya berkerja sebagai operator kilang ini seolah-olah bagaikan robot yang berkerja tanpa henti .Bagi aku mereka ini banyak menyedarkan aku bertapa susahnya berkerja, Kerana dikilang AMD terdapat warga asing seperti NEPAL ,INDONESIA dan MYANMAR dan selebihnya rakyat MALAYSIA kerana mereka ini semua sangup datang ke negara kita untuk berkerja. Salah seorang yang aku kenal iaitu MOHAN LIMBU (FB)(warga nepal) dia seorang yang sangat rajin serta fokus dalam berkerja ,Selain itu yang aku dapat lihat dari mata kasar Mohan ini jarang berbual atau melepak dengan rakan2nya pada waktu berkerja dan dari situlah aku terfikir sejenak dan aku mula mengikuti jejak langkahnya dalam berkerja sebagai operator dan boleh menjadi ikutan pada masa depan aku akan datang.

Tetapi apa yang sedihnya pada FEB -17-2011 ini aku terpaksa menukar kumpulan dari operator kepada project dan aku tidak lagi berkerja sebagai operator .Mungkin pengalaman berkerja sebagai operator ini banyak memberi pengajaran kepada aku dan pengalaman yang tidak dapat aku lupakan.

       "bersusah-susah dahulu bersenang kemudian "

p/s : Jangan pandang sebelah mata pada perkerja kilang ,cuba dan alami sendiri bertapa susahnya berkerja macam robot.maaf jika ayat diatas membuat anda semua malas nak membaca ,kerana aku tulis apa yang aku rasakan sendiri



4 comments:

Anonymous said...

KALAU 1 ARI NTI SAUDARA DE REZEKI KEJE DI KILANG SBG TECH,ENGNER ATAU PAPE JE..NASIHAT SAYA..JGN PERNAH CITE PD SAPE2 PN BACIS DAN GAJI ANDA.. :)

! .HaZmi. ! said...

tq2 saudarA... tpy kenapa x perlu cerita ????

Anonymous said...

bleyh taw x ni gmbr kilang ape?mknan ke?

! .HaZmi. ! said...

kilang advance micro device... kilang nie mikroprosesor kt komputer atau dikenali sbgai otak komputer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com